Community Info
  • COMMUNITY NAME & LOGO

    COMMUNITY LOGIN
  • LOG IN BOX
    User ID :
    Password :
     
    PAUTAN
  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
  • PPD PASIR GUDANG
  • BTPN JOHOR
  • WEB TV PENDIDIKAN
    SEJARAH SEKOLAH
  • Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (2) telah dibangunkan di sebidang tanah yang berkeluasan 2 hektar yang terletak di Jalan Keruing 10. Projek ini telah dibina di kawasan perumahan Taman Rinting, jauhnya kira-kira 29km dari Bandar Johor Bahru. Projek ini merupakan salah satu daripada Rancangan Malaysia ke-6 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kos pembiayaannya berjumlahj RM 1,693,412.00. Segala pembiayaannya dip[erolehi dari Pinjaman Bank Dunia. Kontraktor yang bertanggungjawab membina dan meyiapkan projek ini ialah Lestari Jaya Sdn Bhd yang beribu pejabat di 50, Jalan Abiad, Taman Pelangi, Johor Bahru.




    Projek ini merangkumi dua blok bangunan sekolah empat tingkat, sebuah bangunan kantin dan sebuah bangunan rumah pam. Bangunan ini direkabentuk oleh Cawangan Pendidikan Ibu pejabat JKR Kuala Lumpur. Projek pembinaan bangunan sekolah ini dimulakan pada 31 mei 1994 dan siap sepenuhnya pada 8 Oktober 1995. Bangunan yang telah siap ini telah pun diterima oleh En. Abd Razak bin Haji Mohd. yang mewakili Pejabat Pendidikan negeri Johor.

    Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (2) telah dibuka secara rasminya pasa 4 Disember 1995 oleh Penyelia Pendidikan Daerah Johor Bahru, Dr. Aziz bin Sidek. Pada awal pembukaan, pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar agihan dari Sekolah Kebangsaan Masai, Johor. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting(1) dan pelajar di sekitar Permas Jaya dan pasir Gudang.




    Pada bulan Oktober, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah melantik En. Shamsuddin bin Yamhari sebagai guru besar sekolah ini. Pada waktu itu, sekolah ini mempunyai seramai 29 orang guru dengan 633 orang murif. Kini pelajar sekolah ini berjumlah 524 orang dengan jumlah guru seramai 35 orang (berkhidmat di sekolah 24, sedang belajar 1).

    Pada 9 Februari 2003, projek pembinaan makmal komputer sekolah telah dimulakan. Pembinaan makmal ini telah dijalankan oleh kontraktor KCT-Kensen Berhad beralamat di 31, Jalan 3/50, Diamond Square, Batu 3 1/2 off Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Makmal ini telah siap sepenuhnya pada 31 Julai 2004. Serah milik makmal ini telah dilakukan pada 6 Mei 2005 kepada Pn. Hajah Latiffah bte Md. Taib.